19 March, 2009

tangisan itu lagi

IN LOVING MEMORIES, 2005

dengarkan tangisan itu,
seorang ibu yg sedih sekali
seorang ayah yg memendam rasa di hati
dengarkan tangisan itu,
seorang kakak yg teguh berdiri
seorang adik yg rebah sendiri

tangisan itu aku rindu
senyuman itu aku rindu
belaian itu aku rindu
gelak tawa itu aku rindu

semuanya seperti biasa bg mereka
tanggal 11 Februari Dua Ribu Lima,
semuanya berubah sekelip mata
meratap pergi puteri2 tercinta,
pasrah dn redha ketentuan yg Maha Esa

12 tahun aku dapat merasa
keluarga yg indah tak terkata
sungguh gembira, senyuman terukir di muka
kerut muka juga ada, takkan pernah aku lupa
namun semuanya tinggal kenangan lama
kau pergi tinggalkan kami kecewa
hati yang hancur tidak punya ubat luka

kerinduan ini aku saja yg merasa
tidak mahu aku berkongsi dgn sesiapa
biarkan saja aku duduk di situ
seorang diri bagai si gila
melihat dunia yg tidak lagi sama
seperti dunia yg pernah satu masa
tak kan aku lupa walau seketika

sedar tak sedar,
empat tahun kau sudah tiada
aku masih sendiri di rumah besar tidak punya isi
perit sekali rasa di hati buat aku hampir mati
tinggalkan aku di sini sendiri,
suatu masa nanti, aku pasti
aku pasti aku akan bangun kembali.......
al-fatihah
nukilan hati