23 April, 2009

anak kecil di bumi bertuah

lihat anak-anak kecil itu,
bermain bersuka ria
ketawa bergurau senda
tersenyum sungguh gembira
bebas berlari sini sana
di bumi merdeka
MALAYSIA namanya

negaraku tercinta
pelbagai bangsa di dalamnya
Melayu Cina India
semuanya hidup bersama
di bawah satu nama
berkongsi semua rasa
rasa pedih rasa kecewa
rasa suka rasa gembira

atas nama perpaduan
kita hidup saling berkawan
biarpun berbeza budaya, bangsa dan agama
warna kulit juga ketara bezanya
kita masih lagi setia
kita masih lagi bersama
kita masih lagi bahgia

apa maknanya semua ini?

tumbuh-tumbuhan menghijau
lautan biru terbentang luas
angin bayu bertiup sayu
awan lalu berarak lembut
ketenangan yang dirasa
biarlah kekal buat selamanya
hulurkan jasa dan bakti
buat tanah air ibu pertiwi

melihat anak-anak kecil itu tadi
membuat aku mula mengerti
Ali, Ah Seng, Mutusamy
Rokiah, Mei Ling, Saratini
mereka lah yang akan meneraju negara
bila aku sudah tiada
terapkan rasa kasih dan cinta
dalam diri mereka semua
agar perpaduan yg dibina
akan bertahan buat selamanya

perjuangan mereka akan disambung terus
Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lok, Tun Sambathan
bukti dulunya kita bersatu
selamanya kita kan bersatu
membina sebuah negara maju
yg kini satu dunia sudah tahu
Malaysia negaraku
berkat kita semua bersatu