16 November, 2010

hati dunia

dalam membuat keputusan
tidak perlu ada kepastian
ikut gerak hati sudah memadai
pengembaraan, cabaran
semua yang tak diduga
semua yang tak disangka
semua datang secara tiba tiba.

pabila ikut gerak hati
pastikan kau kuat untuk hadapi
apa rintangan yang menanti
lautan api sedia kau renangi
hutan tebal kan kau rentasi
tiada apa akan buat kau berhenti.

terus melangkah ke hadapan
tanpa ada hala tujuan
yang pasti kau kan sampai destinasi
benar, destinasi yang tak pasti
kerna semua dalam kehidupan
akan berakhir dengan penderitaan.

semua berlaku tanpa dirancang
semua berlalu tak perlu dikenang
jangan takut, jangan gentar
apa dihadapan kita hadapi dengan berani
apa dibelakang kita bantu jangan biar lekang
apa yang datang kita sepak kita terajang
apa yang pergi kita tabah jangan tangisi.

sedang kita melihat dunia
sedar lah, tiada apa dapat menghalang
dari kita kecapi semua

sedang jiwa kita meronta
sedar lah, bahawa hidup penuh derita
walau telah kecapi semua.