Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

25 July, 2011

his-story

you'll never know
the dark side of the moon
until you watch Transformers
and you will always walk alone
until you support Liverpool

time change and the past will be history
but you will never be told of his story

it needs an unspoken hero to reveal the ugly truth

to see the future is to see the light
that guide us to a better life
to be kept in the dark is bitter
but fire will always make you suffer

swimming in a vast blue ocean
a killer whale underneath
you never realize
until you blow your last breath

23 July, 2011

tunggu sampai akhir

tiupan wisel tanda mula
tunggu sampai akhir
hujung nya nanti tak siapa tahu
tunggu sampai akhir
kosong.
satu kosong
dua kosong
tiga kosong
berapa kosong
yang penting, kosong.

pulang nya dari berjuang
harapan tinggi memuncak
tangan menadah di sangka terima
tak sangka, semua nya kosong.

buah cempedak di luar pagar
tak perlu di jolok biar kan saja
burung unggas jadikan rezeki
kita genggam bara api sampai mati.

tapi.

pulang nya pejuang dengan nilai yang tiada
hampa, kecewa, hiba, kosong.

tenang

terbayang waktu senang
waktu air laut masih belum bergelora
hari kini makin petang
dekat hujung itu lah petanda
kalau pandang atas tinggi nya langit
sedar jauh lagi perlu ditempuhi
kalau pandang dalam nya bumi
sekadar pulang ke tempat asal

satu hari yang tenang
pernah tak kau terbayang
bila semua satu dunia
jatuh ke riba
berat nya tak terpikul
engkau pula makin tua
lemah tak bermaya
sempat pulang sebelum terlambat?

dua hari yang membara
cuaca suasana sukar diduga
ada kala hujan kunjung tiba
buat kau rasa sikit bahagia
tenang dunia hanya sementara
akhirnya sana siapa menduga.

04 May, 2011

kau tipu aku tipu

aku
menipu
tertipu
penipu
ditipu
kamu
kamu
ditipu
penipu
tertipu
menipu
aku.

turn around

the river is flowing
through the window of joy
giving hopes of live to those
the people who cares
the world which despair.

I can see it in their eyes
the tears that shed
to the soil of wasted
the water of polluted
the air of hazardous
to the kind of human.

run swim fly anything
but you can't escape
the doom that promised
by who we know who.

the day will come
prepare to dare
to face to bare
the pain of hell.

masa rehat

penat berjalan sini sana
jauh melihat dunia
dengan kaki yang dua,
perlu kan masa rehat
seketika.

fikiran celaru, buntu
fikirkan masalah semua
cari jalan penyelesaian,
perlu kan masa rehat
seketika.

tenaga yang kita ada
kudrat guna sebaiknya
tempuh ombak hidup,
perlu kan masa rehat
seketika.

orang gila mengamuk tak tentu hala
Hang Tuah cuba tenteram
bertikam terus tikam,
perlu kan masa rehat
seketika.

umat manusia bekerja
siang malam tak kira
badan jatuh rebah juga,
perlu kan masa rehat
seketika.

28 April, 2011

tale told lies

if I were to tell a tale about you,
there won't be any.
if I were to write a story about you,
they will all be real.
if I were to dedicate a song to you,
there will be just one,
and it's called Thank You.

Cry Me A River said Julie London.
now you say sorry for being untrue.
but is it you? who's being untrue.
or is it me? for not telling the truth.
I hope all my dreams will come true.
Till I Waltz Again With You.

27 April, 2011

lay back relax

I'm tired. trying to prove
something that has been there
I'm tired. waiting to be proved
something that wasn't even there.

life is to live.
but how? when your heart
is caged to something
that you can't see can't hear
but just feel.

to show is to feel.
standing in the rain
washing all your pain
but that is not real.

to show is to feel.
singing songs from the heart
those lyrics that touched your soul
but that is not real.

sometimes, you just need
an escape dance.
to break free from all the drama
that has been holding you back.

I'm tired. smiling.

23 April, 2011

sedia tulis semula

tulisan tangan kecil anak muda
di tulis atas kertas lama
tulis nya entah apa
kerana bosan habis kan masa
selalu nya hanya tulisan buta
akhir langsung tak beri makna.

sedia tulis semula.
tulisan tangan carik bagai doktor
buat semua sukar membaca
harap semua pada diri nya
penting untuk umat manusia
setiap kata sungguh berharga
tanggung jawab yang dipikul nya.

dunia sementara

aku tak tahu kenapa tapi aku tahu aku lemah.
rasa hati tak pernah aku lawan aku selalu kena kawal.
fikiran terbang melayang bawa jauh hilang ke kayangan.
ada kala aku pergi entah ke mana jauhnya sekali dari indah.

dunia.

aku langkah kaki kanan menantinya syurga.
aku langkah kaki kiri sana api siap sedia.
kadang aku tersilap langkah bawa aku merana.
kadang aku tersilap langkah buat aku gembira.

sementara.

kalau aku ada tangan ada kaki ada kuasa.
langkah kanan kiri kanan kiri terus mara depan.
lihat jauh jauh lagi renung ke dalam mata.
nanti kau kan jumpa yang di cari kebahagian.

sweater biru part II

ingat tak lagi pada sweater biru dulu?
kini milik aku hanya aku.

sweater biru yang ku sangka tenang,
rupanya bergelora tak pernah ku duga.
sweater biru yang ku rasa sayang,
rupanya bimbang takut diluka.
sweater biru yang ku lihat bayang,
rupanya banyak yang mahu cuba.
sweater biru yang ku yakin menang.
rupanya bukan senang dirinya.

ingat tak lagi pada sweater biru dulu?
aku pakai takkan buka sampai bila bila.

lihat ke depan

angin bawa laju, pergi.
angin tiup kencang, terbang.
air deras arus, jujur.
air terjun jatuh, tenang.
hutan hijau mekar, kuat.
hutan tanam tumbuh, teguh.

lihat ke depan, apa yang kau lihat?
pergi, terbang.

lihat ke depan, apa yang kau lihat?
jujur, tenang.

lihat ke depan, apa yang kau lihat?
kuat, teguh.

janji aku kota, kau aku erat.
biar kau pergi jauh, terbang melayang.
aku tahu aku jujur, lalu tenang.
jalin kita kuat, teguh jangan bimbang.
janji aku kota, kekal selamanya.

16 November, 2010

mimpi ku hanya mimpi

datang kembali.
aku perlu kamu saat ini.
jangan pergi.
aku perlu kamu di sisi.

rindu, selalu.
sayang, dari dulu.

mimpi ku hanya mimpi.
hanya imaginasi.
untuk kau kembali.

kau pergi tiada ganti.
hujan lebat mencurah kini.
tinggalkan aku sendiri.

aku rindu sayang kamu.

sweater biru

sweater biru; kenapa dengannya?
harum wangi baunya
membuat aku terpesona
hebat cantik lagi bergaya

sweater biru; dari mana datangnya?
entah aku tak tahu
mungkin dari khayalan tingkat tinggi
pakainya dulu si bidadari

sweater biru; milik siapa agaknya?
bukan aku punya itu pasti
untuk memiliki itu hanya mimpi
mimpi yang terus takkan bangun lagi

sweater biru; apa jadinya?
biarkan saja dia di situ
menunggu kunjung tiba siapa yang mampu
menandingi hebat nya si sweater biru.

hati dunia

dalam membuat keputusan
tidak perlu ada kepastian
ikut gerak hati sudah memadai
pengembaraan, cabaran
semua yang tak diduga
semua yang tak disangka
semua datang secara tiba tiba.

pabila ikut gerak hati
pastikan kau kuat untuk hadapi
apa rintangan yang menanti
lautan api sedia kau renangi
hutan tebal kan kau rentasi
tiada apa akan buat kau berhenti.

terus melangkah ke hadapan
tanpa ada hala tujuan
yang pasti kau kan sampai destinasi
benar, destinasi yang tak pasti
kerna semua dalam kehidupan
akan berakhir dengan penderitaan.

semua berlaku tanpa dirancang
semua berlalu tak perlu dikenang
jangan takut, jangan gentar
apa dihadapan kita hadapi dengan berani
apa dibelakang kita bantu jangan biar lekang
apa yang datang kita sepak kita terajang
apa yang pergi kita tabah jangan tangisi.

sedang kita melihat dunia
sedar lah, tiada apa dapat menghalang
dari kita kecapi semua

sedang jiwa kita meronta
sedar lah, bahawa hidup penuh derita
walau telah kecapi semua.

says who?

he is different.
says who?
he is nice.
says who?
he is cute.
says who?
he is cool.
says who?
he is tall.
says who?
he has smooth hair.
says who?
he smells good.
says who?
he is sweet.
says who?
he is skinny.
says who?
he is caring.
says who?
he is ugly.
says who?
he always fool around.
says who?
he loves to sleep.
says who?
he eats a lot.
says who?
he is talented.
says who?
he has nice voice.
says who?
he is a good friend.
says who?

in the end,
Amree will always be Amree.
says who?

ceria ketawa bersama

ini tentang kita. kita semua.
tentang waktu kita suka. waktu kita ceria.
waktu kita hidup bersama. waktu kita senyum gembira.
waktu kita rasa cinta. waktu kita jadi gila.
waktu kita tiada. waktu kita di mata.
cerita tentang kita, MULA!

hidup dengan teman
hidup dengan kawan
hidup tak sendirian.
setiap masa
setiap ketika
mereka ada. ceria ketawa bersama.

kata bicara kena jaga.
jangan nanti
kerna mulut badan binasa.
tapi. peduli apa.
asal kita bersama.
kau mengata
aku mengata
sama saja.
akhirnya kita. mampu ceria ketawa bersama.

semua orang gembira.
hari raya hari bahagia.
senyuman yang terlukis
jelas membawa seribu makna.
ada perkara yang tak diduga
mula terasa saat pertama
biarkan saja. asal ceria ketawa bersama.

masa itu
aku kau dan dia. kita
menikmati suasasa
rasa nyaman tenang seketika.
melihat pemandangan
ciptaan Maha Kuasa.
setelah jauh mengembara
mendaki bersama.
lemah tak bermaya. namun ceria ketawa bersama.

kabus pagi tebal menyelubungi.
mencari membeli. terus pergi.
air sejuk menusuk kalbu
arus laju
bawa aku jauh.
bina istana empayar tak kemana
hancur musnah binasa dek raksasa.
siang hari matahari menyinari
perut yang berbunyi perlu diisi
walau tak semua merasa. tetap ceria ketawa bersama

jauh merantau
tiga negeri direntasi
akhir tiba destinasi.
waktu suka hanya seketika
habis diam tanpa suara
habis masa dalam kereta.
penatnya tak terkata
tambah cerita yang tiada
buat hari lebih terseksa.
jam berputar tak kan pernah perlahan
semua orang sakit menahan
buatannya rasa seindah kata
tak kesal tunggu lama.
merah hijau merah semula
warna penuh makna.
ada cerita dalam cerita
diamkan saja. biar ceria ketawa bersama

tanpa hadang. kita luah
segala rasa yang ada.
kadang kadang .ada hati
yang kan terasa.
pedih sakit terluka
tak terkata.
masa itu mereka ada
buat kita. terus ceria ketawa bersama.

kau pergi jauh
tapi takkan pernah dilupa.
kau pergi lama
tapi sentiasa akan ada.
aku janji
biar jauh di mata
dekat di hati.
aku janji
saat kau kembali
aku kan disini. masih ceria ketawa bersama

entah bila akan berakhir. entah bila akan berhenti. semua cerita tentang kita. cerita tentang kita semua.
kalau ditanya pada langit bila hujan kan turun. jawab langit bila hari mula kelam.
kalau ditanya pada bintang bila lagi kan muncul. jawab bintang bila malam menjelang.
kalau ditanya pada kita bila kan dilupa. jawab kita tak kan sampai bila bila.
harap. biar kita semua bersama. selama. ceria ketawa bersama

satu dua kosong

mula
kosong
sunyi
rasa
hati

jangan
biar
lihat
masa
tunggu

nanti
kembali
senyum
gembira
lagi

akhir
bahagia
semua
kita
bersama

monolog dua hati

mula kata benci.
xkenal maka xcinta.
telan semula semua bicara.

gaya, rupa. semua tolak tepi. yg penting hati.
perasaan kena jaga, jangan nnt ada yg terluka.
bila terkena, terasa. diamkan, biarkan saja.
mata lihat, telinga dengar. ikut suka nak buat apa.
makan dalam tu dah biasa, pendam terus pendam.
sampai nnt suatu masa, ada cerita di sebalik cerita.
kalau suka kata suka, xperlu berahsia.
masa yg pergi xkan pernah datang kembali.

monolog hati, dua hati.

11 May, 2009

cerita cinta

mungkin aku tak pernah katakan padamu
aku cinta padamu selalu
dan mungkin juga aku tak pernah bisa
melayan kamu seperti yang kamu mahu
jika aku buat kamu rasa kecewa
maafkan aku kerana aku buta

tapi aku cuma mahu kamu tahu
wajahmu selalu terbayang dalam ingatanku
suaramu selalu ketawa dalam fikiranku
senyum manismu selalu di mataku
kamu selalu ada dalam hatiku

mungkin juga aku tak pernah memeluk kamu
saat kau memerlukan saat kau sedang sejuk
dan mungkin juga aku tak pernah beritahu
betapa aku gembira kamu milikku
semuanya yang patut aku lakukan
tak pernah aku lakukan

tapi aku cuma mahu kamu tahu
wajahmu selalu terbayang dalam ingatanku
suaramu selalu ketawa dalam fikiranku
senyum manismu selalu di mataku
kamu selalu ada dalam hatiku

katakan padaku
rasa cinta mu masih ada untuk ku
dan berikan padaku
satu peluang untuk bersama mu