Showing posts with label songs. Show all posts
Showing posts with label songs. Show all posts

23 July, 2011

Maybe (I Hate You)

everytime i walk out through the door
all i see is you
everytime i look outside the window
all i see is you


can someone please tell me whats going on?
your driving me crazy. it seems soo wrong

maybe i love you
maybe i miss you
maybe i need you
maybe i want you
maybe it could be i hate you?

staring at the blue sky from my rooftop
all i see is you
staring at the girl i've set my eyes on
but all i see is you

there is this feeling that i cant tell
its making me think, im under your spell

07 May, 2011

Kecewa

terdengar suara
yang bergema
bagaikan dilanda
ombak bergelora

hatiku merana
memikirkan nya
aku yang terseksa
andai kau merasa

kecewa, tak terkata
kecewa, diri mu hampa
kecewa, dengan segala
kecewa.

bila kau terluka
aku tak sedari
apa lah berguna
aku di sini

kau pendam kan lama
tak ku mengerti
luah kan segala
tersimpan di hati

28 April, 2011

You & Me

Sarah, where have you been?
please don't turn away from me.
Sarah, listen to me.
let me say I'm sorry.

for breaking your heart,
and tearing apart
everything we've got.
by bringing it up;
stories from the past.
what am I thinking?

you're the one,
and I'm the one for you.
why can't you see?
you and me
will always be;
forever be,
just you and me

Sarah, you're so sweet.
hold on to this, don't let go.
Sarah, this is it.
I will never find no other one.

22 April, 2011

Permaisuri

jangan pernah kau katakan,
semua yang berlaku tak bermakna bagiku.
aku perlukan dirimu,
apa pun kau kata takkan merubah cintaku.

biarkan aku terus disini bersamamu kasihku.

walau kau tiada, aku kan terus setia.
mencintamu sepenuh raga sepenuh jiwaku.
dan biar kau tahu, ku mahu bersama kamu.
terus tanpa henti mencintai, permaisuri.

jangan pernah kau rasakan,
dirimu bukan yang terbaik untuk diriku.
aku rindu suaramu,
yang selalu menemani di waktu tidurku.

08 April, 2011

Kamu

tak perlu kau kata cinta
kerana ku dapat merasa.
tak perlu kau kata rindu
kerana ku juga begitu.
tak perlu kau mereka cerita
kerana aku kan percaya
segala yang akan kau kata
kerana kau lah segala.

aku mahu kamu.
aku perlu kamu.
aku sayang dirimu.
hanya kamu, kau yang satu.

tak perlu dikongsikan semua
kerana kau perlu kan ruang.
tak perlu kau mengekori ku
kerana ku janji setia.
tak perlu kau merasa gundah
kerana ku sentiasa ada.
biarpun kau melukai ku
kerana hati ku milik mu.

Untukku

aku
mahu kau tahu.
ku hanya milikmu
yang selalu merindu
dirimu.

kamu
yang aku mahu.
hanya lah satu
dalam hidup ku
sepanjang waktu.

bila kau pergi, aku sendiri
dibuai mimpi, agar kau kembali.

hanya kamu yang sempurna, untukku.
tanpa ragu kau tercipta, untukku.

aku
melukaimu.
bukan niatku
bukan maksudku
maafkan aku.

kamu
yang aku cinta.
kau yang terindah
kau lah segala
bagiku.

21 June, 2009

Oh Liyana!

senyum manismu yang terpahat dihatiku
xkan pernah ku lupakan ayu wajah mu dengan nya
suaramu membelai ku dengan kata2
andai aku mampu tuk memiliki hatimu Liyana

lagu yang ku ciptakan untukmu
hanya untuk menyatakan
aku... teman baikmu
ku berjanji ku xkan pernah pergi
menjauh meninggalkan
kamu
... teman baikku

rasa kecewa yang terpahat dihatiku
xkan pernah ku lupakan semua kenangan kita berdua
suaramu menemani ku di malam hari
andai aku mampu tuk meluahkan padamu Liyana

lagu yang ku ciptakan untukmu
hanya untuk menyatakan
aku... teman baikmu
ku berjanji ku xkan pernah pergi
menjauh meninggalkan
kamu
... teman baikku

OH LIYANA! x4

lagu yang ku ciptakan untukmu
hanya untuk menyatakan
aku... teman baikmu / sayang padamu
ku berjanji ku xkan pernah pergi
menjauh meniggalkan
kamu... teman baikku / ku cinta kamu

10 June, 2009

Suatu Hari Nanti

*terus berlari
mengejar mimpi
fantasi menjadi realiti
jangan kau takut
bila kau jatuh
ayuh berdiri kembali
teruskan berusaha
kitakan merubahnya
jangan kau putus asa
kita pasti berjaya...
SUATU HARI NANTI!

hidup hanya sekali
jangan kau mensiakan
peluang yang diberikan
masa muda kita
asyik nak bercinta
akhirnya kau yang sengsara

**fikirkan... apa nak dilakukan
dalam menempuh... masa depan

* chorus

suka duka kita
dikongsi bersama
teman yang selalu ada
jangan pernah kau lupa
semua jasa mereka
ibu bapa yang tercinta
** break

* chorus

11 May, 2009

cerita cinta

mungkin aku tak pernah katakan padamu
aku cinta padamu selalu
dan mungkin juga aku tak pernah bisa
melayan kamu seperti yang kamu mahu
jika aku buat kamu rasa kecewa
maafkan aku kerana aku buta

tapi aku cuma mahu kamu tahu
wajahmu selalu terbayang dalam ingatanku
suaramu selalu ketawa dalam fikiranku
senyum manismu selalu di mataku
kamu selalu ada dalam hatiku

mungkin juga aku tak pernah memeluk kamu
saat kau memerlukan saat kau sedang sejuk
dan mungkin juga aku tak pernah beritahu
betapa aku gembira kamu milikku
semuanya yang patut aku lakukan
tak pernah aku lakukan

tapi aku cuma mahu kamu tahu
wajahmu selalu terbayang dalam ingatanku
suaramu selalu ketawa dalam fikiranku
senyum manismu selalu di mataku
kamu selalu ada dalam hatiku

katakan padaku
rasa cinta mu masih ada untuk ku
dan berikan padaku
satu peluang untuk bersama mu

23 April, 2009

anak kecil di bumi bertuah

lihat anak-anak kecil itu,
bermain bersuka ria
ketawa bergurau senda
tersenyum sungguh gembira
bebas berlari sini sana
di bumi merdeka
MALAYSIA namanya

negaraku tercinta
pelbagai bangsa di dalamnya
Melayu Cina India
semuanya hidup bersama
di bawah satu nama
berkongsi semua rasa
rasa pedih rasa kecewa
rasa suka rasa gembira

atas nama perpaduan
kita hidup saling berkawan
biarpun berbeza budaya, bangsa dan agama
warna kulit juga ketara bezanya
kita masih lagi setia
kita masih lagi bersama
kita masih lagi bahgia

apa maknanya semua ini?

tumbuh-tumbuhan menghijau
lautan biru terbentang luas
angin bayu bertiup sayu
awan lalu berarak lembut
ketenangan yang dirasa
biarlah kekal buat selamanya
hulurkan jasa dan bakti
buat tanah air ibu pertiwi

melihat anak-anak kecil itu tadi
membuat aku mula mengerti
Ali, Ah Seng, Mutusamy
Rokiah, Mei Ling, Saratini
mereka lah yang akan meneraju negara
bila aku sudah tiada
terapkan rasa kasih dan cinta
dalam diri mereka semua
agar perpaduan yg dibina
akan bertahan buat selamanya

perjuangan mereka akan disambung terus
Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lok, Tun Sambathan
bukti dulunya kita bersatu
selamanya kita kan bersatu
membina sebuah negara maju
yg kini satu dunia sudah tahu
Malaysia negaraku
berkat kita semua bersatu

26 March, 2009

We Are The One

We are the one, turn the world upside down
We need to carry on, our life still moving on
We are the one, will be the sacrife
And pay up all the price, as world starts to collide

so COME ON! COME ON! COME ON!
Let's stand our ground
COME ON! COME ON!
Fight for our right
COME ON! COME ON!
We are the one

We are the one, to make the future bright
And all the things allright, we live a happy life
We are the one, to stop the climate change
We have a planet to save, together we prevail

so COME ON! COME ON! COME ON!
Let's stand our ground
COME ON! COME ON!
Fight for our right
COME ON! COME ON!
We are the one

*song for the Earth Hour

23 March, 2009

20 March, 2009

Si Gadis Jelita

ku lihat kamu
jauh di situ
gadis idamanku
yg ku tunggu2

cantik wajahmu
manis senyummu
suara yg merdu
s'lalu di hati

berdirilah menarilah,
ikut irama dan lagu
berdirilah menarilah
sambut tanganku
menari denganku

Oh Teman

oh teman,
mengapa menangis
masihkah kau rindu
rindukan ibumu

oh teman,
tak usah menangis
tidakkah kau tahu
ku di sini untuk mu

ku melihat,
mendengar dan merasa
semua yg kau rasa
kita kan bersama
selama ku melihat,
mendengar dan merasa
semua yg kau rasa
kita kan bersama
selama lama nya

oh teman,
berhenti menangis
kau buat hatiku
jadi tak menentu

oh teman,
jangan kau menangis
apakah kau lupa
pada janji kita

Hari Yang Berganti

semalam,
kita bercengkerama
di bawah bulan purnama
alangkah indah terasa

semalam,
kala kita berdua
duduk di anjung sana
bercumbu dan bermesra

*hari ini, kau bukan milikku lagi
engkau pergi, tinggalkan aku sendiri
dan kini, kau punya kekasih hati
masih lagi, engkau yg ku nanti2

semalam,
pertama kali berjumpa
setelah sekian lama
kau cantik seperti biasa

semalam,
senyuman menggoda
membuat hati terluka
teringat kisah lama

chorus*

esok pula, tiada siapa yg kan tahu
mungkin juga, kau kan kembali kepadaku
tak mengapa, ku kan setia menunggu
cinta ini, hanyalah milik kamu
tapi hari ini, kau bukan milikku lg
engkau pergi, tinggalkan aku sendiri
dan kini, kau punya kekasih hati
masih lagi, engkau yg ku nanti2

Percayalah Kataku

ku ingin kau tahu
hasrat di hati ku
yg kini t'lah lama
inginkan dirimu
ku tetap merindu
walaupun kau jauh
dengarkan lagu ku
lagu ku untuk mu

*percayalah kataku,
ku kan s'lalu bersama mu
percayalah kataku,
ku kan s'lalu disampingmu
percayalah kataku,
walau apa kan berlaku
percayalah kataku,
ku kan s'lalu disisimu

ku tahu kau tahu
apa yg ku mahu
terimalah aku
kau takkan celaru
dan jangan kau ragu
cintaku padamu
dengarkan laguku
laguku untukmu

chorus*