23 April, 2011

dunia sementara

aku tak tahu kenapa tapi aku tahu aku lemah.
rasa hati tak pernah aku lawan aku selalu kena kawal.
fikiran terbang melayang bawa jauh hilang ke kayangan.
ada kala aku pergi entah ke mana jauhnya sekali dari indah.

dunia.

aku langkah kaki kanan menantinya syurga.
aku langkah kaki kiri sana api siap sedia.
kadang aku tersilap langkah bawa aku merana.
kadang aku tersilap langkah buat aku gembira.

sementara.

kalau aku ada tangan ada kaki ada kuasa.
langkah kanan kiri kanan kiri terus mara depan.
lihat jauh jauh lagi renung ke dalam mata.
nanti kau kan jumpa yang di cari kebahagian.

sweater biru part II

ingat tak lagi pada sweater biru dulu?
kini milik aku hanya aku.

sweater biru yang ku sangka tenang,
rupanya bergelora tak pernah ku duga.
sweater biru yang ku rasa sayang,
rupanya bimbang takut diluka.
sweater biru yang ku lihat bayang,
rupanya banyak yang mahu cuba.
sweater biru yang ku yakin menang.
rupanya bukan senang dirinya.

ingat tak lagi pada sweater biru dulu?
aku pakai takkan buka sampai bila bila.

lihat ke depan

angin bawa laju, pergi.
angin tiup kencang, terbang.
air deras arus, jujur.
air terjun jatuh, tenang.
hutan hijau mekar, kuat.
hutan tanam tumbuh, teguh.

lihat ke depan, apa yang kau lihat?
pergi, terbang.

lihat ke depan, apa yang kau lihat?
jujur, tenang.

lihat ke depan, apa yang kau lihat?
kuat, teguh.

janji aku kota, kau aku erat.
biar kau pergi jauh, terbang melayang.
aku tahu aku jujur, lalu tenang.
jalin kita kuat, teguh jangan bimbang.
janji aku kota, kekal selamanya.

22 April, 2011

Permaisuri

jangan pernah kau katakan,
semua yang berlaku tak bermakna bagiku.
aku perlukan dirimu,
apa pun kau kata takkan merubah cintaku.

biarkan aku terus disini bersamamu kasihku.

walau kau tiada, aku kan terus setia.
mencintamu sepenuh raga sepenuh jiwaku.
dan biar kau tahu, ku mahu bersama kamu.
terus tanpa henti mencintai, permaisuri.

jangan pernah kau rasakan,
dirimu bukan yang terbaik untuk diriku.
aku rindu suaramu,
yang selalu menemani di waktu tidurku.

08 April, 2011

Kamu

tak perlu kau kata cinta
kerana ku dapat merasa.
tak perlu kau kata rindu
kerana ku juga begitu.
tak perlu kau mereka cerita
kerana aku kan percaya
segala yang akan kau kata
kerana kau lah segala.

aku mahu kamu.
aku perlu kamu.
aku sayang dirimu.
hanya kamu, kau yang satu.

tak perlu dikongsikan semua
kerana kau perlu kan ruang.
tak perlu kau mengekori ku
kerana ku janji setia.
tak perlu kau merasa gundah
kerana ku sentiasa ada.
biarpun kau melukai ku
kerana hati ku milik mu.

Untukku

aku
mahu kau tahu.
ku hanya milikmu
yang selalu merindu
dirimu.

kamu
yang aku mahu.
hanya lah satu
dalam hidup ku
sepanjang waktu.

bila kau pergi, aku sendiri
dibuai mimpi, agar kau kembali.

hanya kamu yang sempurna, untukku.
tanpa ragu kau tercipta, untukku.

aku
melukaimu.
bukan niatku
bukan maksudku
maafkan aku.

kamu
yang aku cinta.
kau yang terindah
kau lah segala
bagiku.

16 November, 2010

mimpi ku hanya mimpi

datang kembali.
aku perlu kamu saat ini.
jangan pergi.
aku perlu kamu di sisi.

rindu, selalu.
sayang, dari dulu.

mimpi ku hanya mimpi.
hanya imaginasi.
untuk kau kembali.

kau pergi tiada ganti.
hujan lebat mencurah kini.
tinggalkan aku sendiri.

aku rindu sayang kamu.

sweater biru

sweater biru; kenapa dengannya?
harum wangi baunya
membuat aku terpesona
hebat cantik lagi bergaya

sweater biru; dari mana datangnya?
entah aku tak tahu
mungkin dari khayalan tingkat tinggi
pakainya dulu si bidadari

sweater biru; milik siapa agaknya?
bukan aku punya itu pasti
untuk memiliki itu hanya mimpi
mimpi yang terus takkan bangun lagi

sweater biru; apa jadinya?
biarkan saja dia di situ
menunggu kunjung tiba siapa yang mampu
menandingi hebat nya si sweater biru.

hati dunia

dalam membuat keputusan
tidak perlu ada kepastian
ikut gerak hati sudah memadai
pengembaraan, cabaran
semua yang tak diduga
semua yang tak disangka
semua datang secara tiba tiba.

pabila ikut gerak hati
pastikan kau kuat untuk hadapi
apa rintangan yang menanti
lautan api sedia kau renangi
hutan tebal kan kau rentasi
tiada apa akan buat kau berhenti.

terus melangkah ke hadapan
tanpa ada hala tujuan
yang pasti kau kan sampai destinasi
benar, destinasi yang tak pasti
kerna semua dalam kehidupan
akan berakhir dengan penderitaan.

semua berlaku tanpa dirancang
semua berlalu tak perlu dikenang
jangan takut, jangan gentar
apa dihadapan kita hadapi dengan berani
apa dibelakang kita bantu jangan biar lekang
apa yang datang kita sepak kita terajang
apa yang pergi kita tabah jangan tangisi.

sedang kita melihat dunia
sedar lah, tiada apa dapat menghalang
dari kita kecapi semua

sedang jiwa kita meronta
sedar lah, bahawa hidup penuh derita
walau telah kecapi semua.

says who?

he is different.
says who?
he is nice.
says who?
he is cute.
says who?
he is cool.
says who?
he is tall.
says who?
he has smooth hair.
says who?
he smells good.
says who?
he is sweet.
says who?
he is skinny.
says who?
he is caring.
says who?
he is ugly.
says who?
he always fool around.
says who?
he loves to sleep.
says who?
he eats a lot.
says who?
he is talented.
says who?
he has nice voice.
says who?
he is a good friend.
says who?

in the end,
Amree will always be Amree.
says who?

ceria ketawa bersama

ini tentang kita. kita semua.
tentang waktu kita suka. waktu kita ceria.
waktu kita hidup bersama. waktu kita senyum gembira.
waktu kita rasa cinta. waktu kita jadi gila.
waktu kita tiada. waktu kita di mata.
cerita tentang kita, MULA!

hidup dengan teman
hidup dengan kawan
hidup tak sendirian.
setiap masa
setiap ketika
mereka ada. ceria ketawa bersama.

kata bicara kena jaga.
jangan nanti
kerna mulut badan binasa.
tapi. peduli apa.
asal kita bersama.
kau mengata
aku mengata
sama saja.
akhirnya kita. mampu ceria ketawa bersama.

semua orang gembira.
hari raya hari bahagia.
senyuman yang terlukis
jelas membawa seribu makna.
ada perkara yang tak diduga
mula terasa saat pertama
biarkan saja. asal ceria ketawa bersama.

masa itu
aku kau dan dia. kita
menikmati suasasa
rasa nyaman tenang seketika.
melihat pemandangan
ciptaan Maha Kuasa.
setelah jauh mengembara
mendaki bersama.
lemah tak bermaya. namun ceria ketawa bersama.

kabus pagi tebal menyelubungi.
mencari membeli. terus pergi.
air sejuk menusuk kalbu
arus laju
bawa aku jauh.
bina istana empayar tak kemana
hancur musnah binasa dek raksasa.
siang hari matahari menyinari
perut yang berbunyi perlu diisi
walau tak semua merasa. tetap ceria ketawa bersama

jauh merantau
tiga negeri direntasi
akhir tiba destinasi.
waktu suka hanya seketika
habis diam tanpa suara
habis masa dalam kereta.
penatnya tak terkata
tambah cerita yang tiada
buat hari lebih terseksa.
jam berputar tak kan pernah perlahan
semua orang sakit menahan
buatannya rasa seindah kata
tak kesal tunggu lama.
merah hijau merah semula
warna penuh makna.
ada cerita dalam cerita
diamkan saja. biar ceria ketawa bersama

tanpa hadang. kita luah
segala rasa yang ada.
kadang kadang .ada hati
yang kan terasa.
pedih sakit terluka
tak terkata.
masa itu mereka ada
buat kita. terus ceria ketawa bersama.

kau pergi jauh
tapi takkan pernah dilupa.
kau pergi lama
tapi sentiasa akan ada.
aku janji
biar jauh di mata
dekat di hati.
aku janji
saat kau kembali
aku kan disini. masih ceria ketawa bersama

entah bila akan berakhir. entah bila akan berhenti. semua cerita tentang kita. cerita tentang kita semua.
kalau ditanya pada langit bila hujan kan turun. jawab langit bila hari mula kelam.
kalau ditanya pada bintang bila lagi kan muncul. jawab bintang bila malam menjelang.
kalau ditanya pada kita bila kan dilupa. jawab kita tak kan sampai bila bila.
harap. biar kita semua bersama. selama. ceria ketawa bersama

satu dua kosong

mula
kosong
sunyi
rasa
hati

jangan
biar
lihat
masa
tunggu

nanti
kembali
senyum
gembira
lagi

akhir
bahagia
semua
kita
bersama

monolog dua hati

mula kata benci.
xkenal maka xcinta.
telan semula semua bicara.

gaya, rupa. semua tolak tepi. yg penting hati.
perasaan kena jaga, jangan nnt ada yg terluka.
bila terkena, terasa. diamkan, biarkan saja.
mata lihat, telinga dengar. ikut suka nak buat apa.
makan dalam tu dah biasa, pendam terus pendam.
sampai nnt suatu masa, ada cerita di sebalik cerita.
kalau suka kata suka, xperlu berahsia.
masa yg pergi xkan pernah datang kembali.

monolog hati, dua hati.

21 June, 2009

Oh Liyana!

senyum manismu yang terpahat dihatiku
xkan pernah ku lupakan ayu wajah mu dengan nya
suaramu membelai ku dengan kata2
andai aku mampu tuk memiliki hatimu Liyana

lagu yang ku ciptakan untukmu
hanya untuk menyatakan
aku... teman baikmu
ku berjanji ku xkan pernah pergi
menjauh meninggalkan
kamu
... teman baikku

rasa kecewa yang terpahat dihatiku
xkan pernah ku lupakan semua kenangan kita berdua
suaramu menemani ku di malam hari
andai aku mampu tuk meluahkan padamu Liyana

lagu yang ku ciptakan untukmu
hanya untuk menyatakan
aku... teman baikmu
ku berjanji ku xkan pernah pergi
menjauh meninggalkan
kamu
... teman baikku

OH LIYANA! x4

lagu yang ku ciptakan untukmu
hanya untuk menyatakan
aku... teman baikmu / sayang padamu
ku berjanji ku xkan pernah pergi
menjauh meniggalkan
kamu... teman baikku / ku cinta kamu

10 June, 2009

Suatu Hari Nanti

*terus berlari
mengejar mimpi
fantasi menjadi realiti
jangan kau takut
bila kau jatuh
ayuh berdiri kembali
teruskan berusaha
kitakan merubahnya
jangan kau putus asa
kita pasti berjaya...
SUATU HARI NANTI!

hidup hanya sekali
jangan kau mensiakan
peluang yang diberikan
masa muda kita
asyik nak bercinta
akhirnya kau yang sengsara

**fikirkan... apa nak dilakukan
dalam menempuh... masa depan

* chorus

suka duka kita
dikongsi bersama
teman yang selalu ada
jangan pernah kau lupa
semua jasa mereka
ibu bapa yang tercinta
** break

* chorus